Tuesday, September 25, 2012

~0~ iT's cOmE @GaIn ~0~

On my hubby's birthday.....hurt me a lot. He never stop cheating me...bluffing me...& make me cry. Sekarang ni kumbang tak paham ape batas-batas seorang suami dengan perempuan lain hinggakan bergurau senda, cerita perkara yang seksi, mesej mesra sampai ke malam buta....masih dianggap takde ape2. Kumbang tak paham ape jenis kategori pompuan yang suke kaco umah tangga orang. Mungkin leh masuk kategori berikut :
1. Perempuan gile seks.....dah gatal nak kawen tapi takde orang nak.
2. Perempuan jalang......spesis yang same seperti di atas tapi taknak kawen.
3. Pompuan gersang.....dah ade pakwe tapi pakwenye layan orang lain.
4. Pompuan sial......semua yang di atas.

Kumbang penah dengar satu ayat baik punye "tak sangka ye engkau ni ade ijazah tapi takde otak"....so sebelum Kumbang jumpe jenis-jenis pompuan di atas tu, lebih baik kumbang duduk & berdoa supaya mereka ni cepat-cepat dilaknat oleh Allah. Sebab kalo dah jumpe diorang tu....confirm habesssss. Kalo tak masuk paper pon....mungkin kene buang keje kot. Pesanan untuk si suami pulak....napela tak penah hargai pengorbanan seorang isteri. Sila sedar sikit ye....ko sakitkan hati isteri tu same la macam ko sakitkan hati mak & adik pompuan kesayangan ko jugak. Kalo dah tak suke kat isteri tu....ceraikan ajela. Ko kan hebat...ramai pompuan kat atas tu suke.

Sekian
-Pn. Kumbang Merah Menyala-


Monday, September 12, 2011

@ B!t UnW3LL

i hate this...but this only way to get well. Ya Allah...bless me always.

Thursday, May 26, 2011

~~~*~~~ Ape sume ni ~~~*~~~

Makin hari kumbang rase macam takde hala tuju kerjaya kumbang skarang nih. Napela nasib kumbang ni malang sangat. Sangkaan buruk orang sebab kumbang kena tukar tak abis lagi...datang lak masalah lain. Mungkin kumbang ni dah tak sesuai jadi cikgu lagi. Kumbang dah penat nak layan karenah orang sedangkan orang sentiasa amik kesempatan atas kelemahan & kepatuhan kumbang ni. Senangnye cakap"Mintak maaf...jangan kecik ati pasal pertukaran tu"....sedangkan diorang dah huru-harakan periuk nasi kumbang. Sekarang diorang bersenang-lenang dengan pangkat & kuasa yang ade. Harap tuhan dapat membalas perbuatan mereka dengan balasan yang setimpal.

Tuesday, May 24, 2011

^*^*^ Baik Tak Payah Citer ^*^*^


Pagi ni kumbang bengang sangat-sangat ngan sekor pompuan yg bawak Gen2. Tah giler ape die tiba2 masuk lorong orang tak tau la. Nak kata mabuk...nampak elok je pakai tudung. Sempat la kumbang brek giler2 punye sampai ngelak naik divider lg. Memang menggigil la nak marah. Memang rase nak sekat die & lempang kuat2. Bodoh punye orang. Kalo nak mampos....ko sorang dahla...jangan susahkan orang lain!!!!!! %&$#@*! Sakitnye ati akuuuuuuuuuuuu.........kalo cite kat husband memang die rase kumbang je yang salah. BAIK TAK PAYAH CITER!!!!

Sunday, May 22, 2011

-*-*- Exam Mood -*-*-

Sepanjang minggu ni budak-budak amik exam. Time abis exam tu kna la wat p&p gak. Ni kumbang baru je basuh sorang budak nih. Pesal la die susah sgt nk ikut cakap cikgu. Ape yg diajar takde die nak ikut...suke ati die je nk wat camne. Pastu leh senang-senang je ckp dah siap keje. Ape lagi...hangin la kumbang rase. Tgh angin dok kencang tadi tiba-tiba bos masuk....potong btol. Nasib baik gakla. Kalo tak...naya budak tuh. Camnela nak bersabor ngan perangai budak-budak sekarang ni ek. Ya Allah...berikanlah kesabaran kepadaku...kuatkanlah imanku...demi mendidik anak-anak bangsa dan permudahkanla mereka dalam menerima ilmumu.

Sunday, May 15, 2011

#~~# Happy Teacher's Day #~~#


Tanggal 16 Mei tiap tahun adalah hari yang istimewa kepada semua guru-guru. Tahun 2011 ni dah masuk tahun ke-3 kumbang bergelar CIKGU. Baru kumbang sedar jadi cikgu ni bukan mudah yer. Sekarang kumbang tahu nape cikgu-cikgu kumbang dulu marah, merajuk, suka bagi keje banyak-banyak, selalu membebel....& bla bla. Sume tu sebab nak tengok anak murid die paham ape yg die ajar, nk suh ank murid die jd budak baik & berjaya. So sekarang kumbang sendiri yang rase camne payahnye nk ngajor budak-budak terutama yang lemah-lemah. Sampai ke malam pon dok pikir ape nak wat bagi die paham. Kadang-kadang keje cikgu ni macam doktor la sikit-sikit. Nak bagi ubat kene check dulu sakit ape. Kalo main bagi je memang tak sembuh ler jawabnye. Kepada semua rakan guru...tahniah diucapkan kerana kita adalah orang yang terpilih dan sabarlah menghadapi dugaan sepanjang bergelar CIKGU. Di sini gak kumbang nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu kumbang dari SKKB (1990-1995), SMKTI (1996-2000), Matrikulasi KYPM (2001) & USM (2002-2006). Segala sumbangan & pengorbanan yang diberikan amat dihargai. Tuhan je yang mampu balas sume tu. Terima Kasih Cikgu.

Wednesday, May 04, 2011

*```* Hiburkan Harimu *```*

Bad mood ckit today coz pagi-pagi lagi macam-macam benda berlaku. Kunci kete tertinggal dalam beg baju anak la. Terlajak simpang nak hantar anak gi umah pengasuh la. Tu la akibatnye kalo wat keje dalam keadaan marah. Sume jadi tak btol. Kumbang tak suke lewat sampai tempat keje. Walau ape jadi skalipon, jangan sampai punch card merah ok. To release my stress, kumbang sempat baca cite-cite yang leh wat kumbang senyum & lupekan problem sekejap.

Dialog Ayam & Lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telur aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil je!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Bunuh Diri

Seorang anak muda duduk di sebuah bar. Dia menatap hampa pada gelas minuman. Dia melakukan hal itu kurang lebih satu jam lamanya. Kemudian, datanglah seorang ganster, merebut gelas minuman orang itu dengan kasar, lalu segera meneguknya sampai habis. Dan tiba-tiba anak muda itu menangis tersedu-sedu... Gangster itu terkejut, menepuk bahunya dan berkata, "Hei, anak muda, saya kan cuma bergurau. Mari saya belikan minuman lainnya". Saya tidak suka melihat seorang lelaki bersikap manja seperti ini. "Bukan, bukan itu masalahnya. Hari ini adalah hari paling malang. Pertama, aku baru saja membuat syarikatku rugi 10 juta, boss memarahiku dan aku baru saja dipecat. Kedua, ketika hendak pulang, kenderaanku hilang dicuri orang. Kata polis, mereka tidak boleh buat apa-apa. Ketiga, aku terpaksa pulang naik taksi. Tapi, dompetku tertinggal di dalam taksi itu dan akhirnya hilang. Keempat, ketika membuka pintu rumah, istriku ternyata sedang berlaku curang dengan kawanku sendiri... Dan di bar ini... aku berpikir untuk bunuh diri saja. Tapi, anda baru saja merebut gelas minumanku, yang telah kuisi dengan racun…"

7 Cawan

Suatu pagi seorang gadis membawa termos singgah di sebuah kedai kopi untuk membeli minuman sebagai bekalan kepejabatnya.

Gadis:Encik, rasa-rasanya berapa cawan air boleh diisi kedalam termos saya?

Pelayan: Saya rasa mungkin tujuh cawan.

Gadis: Baiklah.....Bagi saya dua cawan teh, empat cawan kopi susu dan satu cawan kopi tanpa gula.

Pelayan: aaa...?????

Gua Ajaib

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall... Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia.... “Pak, itu amenda pak?” Bapak menjawab, “Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh....” Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!! Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN... lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah... “NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI, KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!!”

Gila Telefon

Seorang ayah mempunyai anak gadis yang kerjanya menggunakan telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah... Suatu hari.. anak gadisnya menerima panggilan telefon dan bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa... “Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?” tanya ayahnya kehairanan.. “Tak tahu la ayah... salah nombor!” jawab anaknya sambil tersengih..

Kawasan Larangan Memancing

Sepasang suami isteri pergi memancing dgn perahu mereka di sebuah tasik. Si suami lebih suka memancing... manakala si isteri pula lebih suka membaca saja. Ketika sudah memancing beberapa jam si suami memutuskan untuk tidur sejenak dan meletakkan alat pancingnya di dalam perahunya. Si isteri pula terus dengan tabiat membacanya. Tiba-tiba datang seorang penjaga tasik dgn botnya dan menghampiri perahu pasangan tersebut dan berkata “Selamat pagi puan.. apa yg sedang anda lakukan??” “Membaca !!” Jawab wanita itu.. dalam hatinya berkata.. “buta ke tak nampak aku membaca..” “Sebenarnya anda berada di kawasan yg dilarang memancing” kata penjaga tasik. “Tapi saya tidak memancing..!!!” Saya hanya membaca” “Tapi saya nampak anda memiliki PERALATAN untuk itu...jadi saya mesti membawa anda ke pejabat kami untuk di denda...” “Kalau anda membawa saya ke sana.. saya akan mendakwa anda melakukan jenayah rogol... “tengking wanita itu.” “Tapi saya tidak menyentuh Puan... !!” balas penjaga tasik kehairanan. “Ya... itu betul.. tapi anda ada PERALATAN utk itu.”

Si Penjual Roti

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang. Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan. Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya.. “Ada apa encik..? Ada apa ?” Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata, “Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ...” ?__________***

Tokey Kedai

Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg. Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi... “woi..tak nampak ke orang !!” jerkahnya.. “Sedap..Sedap jer nak potong line orang..” Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata... “Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!” Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe kesian dia kan????

Che’gu Sepul I

Che'gu Sepul sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Sepul akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, di mana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Sepul asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Sepul menyergah muridnya yang bernama Man Tapah. “Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah” “Oh Che'gu Sepul, basikal saya tengah turun bukit Sepul, sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak.”

Che’gu Sepul II

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Che'gu Sepul telah bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali! Man Tapah lalu Che'gu Sepul pun berkata,

Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.

Che’gu Sepul III

Che'gu Sepul sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?

Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.

Che'gu : Mana tepungnya??

Man :Tepung kan kat dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??

Che’gu Sepul IV

Seperti biasa, Che'gu Sepul nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu Sepul mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab ‘cara berwudhuk’ Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan? Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah.

Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?

Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?

Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!

Che'gu : Allahhuakbarr!!!

Sudu & Garfu

Seorang pegembara ditangkap di orang asli di sebuah pedalaman. Mereka hendak memasak lemak gulai dan memakan daging pengembara tersebut. Tiba-tiba datang chief orang asli yang fasih berbahasa Inggeris. “Anda nampaknya berpelajaran tinggi dan mahir berbahasa inggeris”... kata pengembara. “Tapi anda masih memakan daging manusia?” “Ya..” jawab ketua orang asli itu, “tapi sekarang saya menggunakan pisau dan garpu.”

WAD

Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden. Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ...dalam loghat kelantan la. “nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase” Nurse tu selamba jer jawab... “wad kencing masam takde....wad kencing manis ader la”..

Tuesday, May 03, 2011

***~~~*** Renungan ***~~~***

Last week kumbang ade baca buku Pepatah oleh Juhana Ariffin. Ade banyak gak la pepatah-pepatah yang jarang & tak penah dengar orang sebut sebelum ni. But, quite interesting to share here...

1. Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.
Maksudnya : Manis apabila di hadapan, apabila di belakang sebaliknya.

2. Adat gajah terdorong.
Maksudnya : Orang yang berkedudukan tinggi sering salah guna kuasa.

3. Air mata jatuh ke dalam.
Maksudnya : Menyembunyikan kekecewaan & kedukaan.

4. Angkat batang, keluar cacing gelang-gelang.
Maksudnya : Menyambung keje orang lain yang terbengkalai tapi satu ape pon tak dapat.

5. Bahu memikul, hati menyokong.
Maksudnya : Melakukan sesuatu dengan rela & bukan kerana dipaksa.

6. Dapat tek tercapai, jauh tak berantara.
Maksudnya : Sesuatu yang diidamkan tetapi tak tercapai.

7. Durian dan mentimun, menggolek kena, digolek pon kena.
Maksudnya : Orang bawahan yang lemah akan dapat kesusahan jika melawan orang yang lebih berkuasa.

8. Gagak dimandikan 7 kali sehari pun takkan putih bulunya.
Maksudnya : Orang yang jahat akan mengulangi perbuatan jahatnya jika mempunyai peluang.

9. Hendak mendapat pisang terkupas.
Maksudnya : Orang yang hendak hidup senang tetapi malas.

10. Jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin cekang.
Maksudnya : Jangan bersikap sombong dan angkuh setelah mendapat jawatan/kedudukan tinggi.

11. Kambing menyusui anak harimau, besar dia patahkan tengkuknya.
Maksudnya : Menolong orang yang jahat, kita yang menjadi mangsa.

12. Lain bengkak, lain bernanah.
Maksudnya : Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain yang menanggung akibatnya.

^^**^^@ku P3n@T sEb@b^^**^^


1. Sume orang yang aku sayang dah tak sayang aku lagi.
2. Aku dah tak suke ngan keje yang aku wat skang.
3. Aku tekleh ngadu pape problem kat sesape pon.
4. Sume benda yang aku nak wat tak sempat wat coz tak ckup mase.
5. Nak wat orang hepi sedangkan orang tak penah pikir aku hepi ke tak.
6. Sume benda yang aku wat jadi tak kene kat mata "die" tapi bile orang lain wat nampak hebat sesangat.
7. Aku takde mase nak uruskan diri sendiri.
8. Aku asik kene tolong orang tapi orang tak penah pikir aku penat ke tak.
9. Orang keliling aku nampak hebat, so aku kene wat2 hebat gak (bodoh btol).
10. Bile aku sakit, aku kene pura-pura tak sakit sebab orang tak kisah pon tengok aku sakit.

Monday, April 18, 2011

***^^*** Buat baik berpada pada ***^^***

Sekarang dah masuk April 2011, cepatnye mase berlalu. Tapi bile pk pasal keje rase lame sgt jam tu nk gerak. Maybe tu tandanye kite dah mula ilang minat nk bekerja. Tapi demi anak-anak, kumbang cuba kuatkan semangat gak untuk jd seorang pendidik. Kata orang jadi cikgu ni mulia tugasnye. Kumbang setuju ngan pendapat tu. Tapi hakikatnye tugas tu je yg mulia, orang yang melaksanakannye lom tentu lagi mulia. Baru-baru ni tak pasal-pasal kumbang kene tuka skolah tanpa diberitahu sebab & alasannya. Kumbang ni jenis yang sempoi je. Lantak korang la nk campak kat mane asalkan gaji jalan. Tapi hari demi hari rase nk tau tu makin kuat lak sebab member2 & bos baru asik dok ty nape kumbang tuka. Nak jawab pe kalo ex-bos pon kumbang xjumpe bile dpt tau kene tuka. Akhirnye, terbongkarlah rahsia tu melalui sumber-sumber yang leh dipercayai. Kumbang pon xnk komen ape2. Juz nak remind balik ape yg dah kumbang wat sepanjang berkhidmat di sekolah lame tu. Setiap kali ade cikgu bersalin...ni la muke yg kene ganti. Ingatkan bile kite tolong org, nanti dptla balasan yg baik. Bile ade mslh urgent nk setel kite gak dok jd bidan terjun. Selama ni kumbang langsung tak kisah bile benda yg kumbang wat tu sume dpt manfaat & penghargaan pd org yg kite tlg. Tapi sekarang, kumbang nk ubah prinsip tak kisah jadi kejam ckit. Kalo dulu saya yang menurut perintah...sekarang kene kaji dulu setiap perintah2 tu. Kalo rase tak masuk akal je...cari la empayar lain yang ko nak perintah. Ade aku kisahhhhh.

Thursday, July 01, 2010

**-** i'm not who i am **-**


Maybe it's not that easy....but we have to....

Saturday, May 29, 2010

-**-**-@LL bOuT mY dRe@M-**-**-

Life is not easy for me. Maybe for everyone... But i always hope...one day i'll get a happy family. Nothing to worry about "him" anymore. So sad..sad...& sad. It's become worse & worse. No more hope....no reason to live. Help me out of this.

Wednesday, July 22, 2009

~~**~~ S@tu S!n@r ~~**~~

Lamenye tak meng'update' blog nih. Rase kekok dah nak nulis. Anyway...banyak benda yang berlaku sepanjang tahun 2009 ni. Bagi kumbang ape yang telah berlalu 2008 dulu tuh dah bagi satu sinar baru untuk teruskan hidup nih. Syukur alhamdulillah kumbang dapat bertukar tempat keje yang lebih selesa. Bakal jadi ibu tak lame lagi. Everything happen so fast. Maybe taun lepas banyak sangat dugaan yang dah dilalui. So, mase tu rase lebih lame. For all my friend, wish u all the best too. For si kiambang, hope u happy n i know u keep some secret. Please share with me if you still remember me as your best friend. For si kembang, hope u kawen cepat-cepat. Kumbang akan lega bila sume member happy!!

Wednesday, February 20, 2008

~~**~~ Tahun Baru, Mesej Baru ~~**~~

Ehem..dah lame btol tak menulis nih. Sekarang dah masuk taun 2008 ek, macam2 dah berlalu tapi yang belum berlalu ni tak sabar menanti dan diharapkan berlalu dengan kenangan yang manis2 jer. Semenjak dua tiga menjak nih kumbang btol2 takde mase nak contact kawan2. Rindu btol kat diaorg sume. Ape cite pon tak tau ler. Hope u'll hepi wif ur job & famili. Tak sabo nak nunggu si kembang & kiambang kawen. Kawen ler cepat2 woiii. Nanti kumbang dah ade baby susah lak nak jadi pengapit korang:p Erm...ape2pon hope sume berjaya ngan kerjaya masing2. Kumbang tak sabo nk ngabiskan kpli nih. Still confuse nak jadi cikgu. Macam tak caye leh ajor bdk2.

Tuesday, August 28, 2007

~**~GetT!nG m@rR!eD~**~

1 September 2007.....hopefully akan jadi suatu hari yang paling manis in my life coz kumbang akan meninggalkan zaman remaja on that day. Pasni kumbang kena matured ckit. Nak wat keputusan pon kena lebih berhati-hati supaya tak sakitkan ati orang tersayang. Besar tanggungjawab tuh. To my lovely guy "Mr. Soul", hope u always be with me...i love u

Tuesday, July 31, 2007

~*~ fUrThEr sTuDy ( rEla @ tErPaKsE) ~*~

Inilah hakikatnye...bak kate pepatah ape yang kite nak xsemestinye kite akan dapat sumenye. Pepatah mane tu tak tau ler. Sekarang kumbang dah tukar kerjaya. Mungkin ade baiknye jadi cikgu lak. It's also a challenging job. Memang dari kecik tak minat sangat nak jadi cikgu. Mungkin kat skolah dulu asik kna bantai kot. Tapi skarang dah blajo macam-macam pasal nak ajor budak-budak ni rase cian la plak. Cian kalo ade dak yang tak tau baca. Tapi rase tak adil la mase kumbang blajo dulu-dulu cikgu garang jer. Bile tau kite dah masuk 'U' baru ler senyum-senyum bile jumpe. Hmm apepon yang dah lepas tu biarla jadi kenangan je ek. "Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang" btol tak? Chaiyokkkkkk....i'm proud to be a teacher!!!

Thursday, November 16, 2006

~~* Menghitung Hari *~~

Isnin ni kumbang akan gi interview. Hmm tak sabar tunggu last day as a chemist. Nothing to be proud here. Kumbang rindu kat kiambang la. Bile agaknye die nak datang. Cian amik master mmengalahkan presiden PBB bznyer tuh. Hopefully u can get ur master next year! Chaiyokkk... Kumbang nak tumpang bergambo pakai jubah konvo lagi tau. Dah tempah awal2 ni. Anything..anytime..don't forget me ok!

Wednesday, November 15, 2006

~*~ Kata Itu Doa ~*~

Hmm...memang btol kata orang "kata itu doa, berkatalah kepada kebaikan". Tapi kata orang gak "takde manusia yang betul2 sempurna". Kadang2 kite mesti wat silap. Tapi skali silap je yang tu la orang akan cakap sampai mati. Yang tu gak orang akan ingat sampai bile2. Kalo wat baik takde sape akan ingat. Inilah hakikat dunia...

Monday, November 13, 2006

~~* I'm Not Sick, Just a Bit Unwell *~~

Yesterday kumbang xdapat datang keje. Sakit ckit. Punyala tensen gi spital taiping. Dari kol 7.45 pg kumbang datang, kol 9 pg baru dapat ubat. Kalo la sakit truk dah lame mati. Isk2. Hmm adatla hidup merantau ni...bak kata pepatah "hujan emas kat negeri orang, hujan batu kat negeri sendiri". Tapi kat sini tak penah lak hujan emas:p Apepon memang susah nak survive kalo tak independent macam kumbang ni. Sume benda nak susahkan orang but i have no choice. Thanks for all yang sudi tolong kumbang...

Friday, November 10, 2006

~*~End up~*~

"I wish u'll get a better job soon.."ni la pesanan my bos. I'm not sure he really meant it or not. But I feel so free right now. And to my "honey", thanks a lot for ur support. I'll try my best to get a better job. I love u...