Sunday, May 15, 2011

#~~# Happy Teacher's Day #~~#


Tanggal 16 Mei tiap tahun adalah hari yang istimewa kepada semua guru-guru. Tahun 2011 ni dah masuk tahun ke-3 kumbang bergelar CIKGU. Baru kumbang sedar jadi cikgu ni bukan mudah yer. Sekarang kumbang tahu nape cikgu-cikgu kumbang dulu marah, merajuk, suka bagi keje banyak-banyak, selalu membebel....& bla bla. Sume tu sebab nak tengok anak murid die paham ape yg die ajar, nk suh ank murid die jd budak baik & berjaya. So sekarang kumbang sendiri yang rase camne payahnye nk ngajor budak-budak terutama yang lemah-lemah. Sampai ke malam pon dok pikir ape nak wat bagi die paham. Kadang-kadang keje cikgu ni macam doktor la sikit-sikit. Nak bagi ubat kene check dulu sakit ape. Kalo main bagi je memang tak sembuh ler jawabnye. Kepada semua rakan guru...tahniah diucapkan kerana kita adalah orang yang terpilih dan sabarlah menghadapi dugaan sepanjang bergelar CIKGU. Di sini gak kumbang nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu kumbang dari SKKB (1990-1995), SMKTI (1996-2000), Matrikulasi KYPM (2001) & USM (2002-2006). Segala sumbangan & pengorbanan yang diberikan amat dihargai. Tuhan je yang mampu balas sume tu. Terima Kasih Cikgu.

No comments: