Showing posts with label Cer Citer. Show all posts
Showing posts with label Cer Citer. Show all posts

Monday, September 12, 2011

@ B!t UnW3LL

i hate this...but this only way to get well. Ya Allah...bless me always.

Sunday, May 15, 2011

#~~# Happy Teacher's Day #~~#


Tanggal 16 Mei tiap tahun adalah hari yang istimewa kepada semua guru-guru. Tahun 2011 ni dah masuk tahun ke-3 kumbang bergelar CIKGU. Baru kumbang sedar jadi cikgu ni bukan mudah yer. Sekarang kumbang tahu nape cikgu-cikgu kumbang dulu marah, merajuk, suka bagi keje banyak-banyak, selalu membebel....& bla bla. Sume tu sebab nak tengok anak murid die paham ape yg die ajar, nk suh ank murid die jd budak baik & berjaya. So sekarang kumbang sendiri yang rase camne payahnye nk ngajor budak-budak terutama yang lemah-lemah. Sampai ke malam pon dok pikir ape nak wat bagi die paham. Kadang-kadang keje cikgu ni macam doktor la sikit-sikit. Nak bagi ubat kene check dulu sakit ape. Kalo main bagi je memang tak sembuh ler jawabnye. Kepada semua rakan guru...tahniah diucapkan kerana kita adalah orang yang terpilih dan sabarlah menghadapi dugaan sepanjang bergelar CIKGU. Di sini gak kumbang nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu kumbang dari SKKB (1990-1995), SMKTI (1996-2000), Matrikulasi KYPM (2001) & USM (2002-2006). Segala sumbangan & pengorbanan yang diberikan amat dihargai. Tuhan je yang mampu balas sume tu. Terima Kasih Cikgu.

Wednesday, May 04, 2011

*```* Hiburkan Harimu *```*

Bad mood ckit today coz pagi-pagi lagi macam-macam benda berlaku. Kunci kete tertinggal dalam beg baju anak la. Terlajak simpang nak hantar anak gi umah pengasuh la. Tu la akibatnye kalo wat keje dalam keadaan marah. Sume jadi tak btol. Kumbang tak suke lewat sampai tempat keje. Walau ape jadi skalipon, jangan sampai punch card merah ok. To release my stress, kumbang sempat baca cite-cite yang leh wat kumbang senyum & lupekan problem sekejap.

Dialog Ayam & Lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telur aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil je!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Bunuh Diri

Seorang anak muda duduk di sebuah bar. Dia menatap hampa pada gelas minuman. Dia melakukan hal itu kurang lebih satu jam lamanya. Kemudian, datanglah seorang ganster, merebut gelas minuman orang itu dengan kasar, lalu segera meneguknya sampai habis. Dan tiba-tiba anak muda itu menangis tersedu-sedu... Gangster itu terkejut, menepuk bahunya dan berkata, "Hei, anak muda, saya kan cuma bergurau. Mari saya belikan minuman lainnya". Saya tidak suka melihat seorang lelaki bersikap manja seperti ini. "Bukan, bukan itu masalahnya. Hari ini adalah hari paling malang. Pertama, aku baru saja membuat syarikatku rugi 10 juta, boss memarahiku dan aku baru saja dipecat. Kedua, ketika hendak pulang, kenderaanku hilang dicuri orang. Kata polis, mereka tidak boleh buat apa-apa. Ketiga, aku terpaksa pulang naik taksi. Tapi, dompetku tertinggal di dalam taksi itu dan akhirnya hilang. Keempat, ketika membuka pintu rumah, istriku ternyata sedang berlaku curang dengan kawanku sendiri... Dan di bar ini... aku berpikir untuk bunuh diri saja. Tapi, anda baru saja merebut gelas minumanku, yang telah kuisi dengan racun…"

7 Cawan

Suatu pagi seorang gadis membawa termos singgah di sebuah kedai kopi untuk membeli minuman sebagai bekalan kepejabatnya.

Gadis:Encik, rasa-rasanya berapa cawan air boleh diisi kedalam termos saya?

Pelayan: Saya rasa mungkin tujuh cawan.

Gadis: Baiklah.....Bagi saya dua cawan teh, empat cawan kopi susu dan satu cawan kopi tanpa gula.

Pelayan: aaa...?????

Gua Ajaib

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall... Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia.... “Pak, itu amenda pak?” Bapak menjawab, “Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh....” Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!! Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN... lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah... “NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI, KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!!”

Gila Telefon

Seorang ayah mempunyai anak gadis yang kerjanya menggunakan telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah... Suatu hari.. anak gadisnya menerima panggilan telefon dan bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa... “Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?” tanya ayahnya kehairanan.. “Tak tahu la ayah... salah nombor!” jawab anaknya sambil tersengih..

Kawasan Larangan Memancing

Sepasang suami isteri pergi memancing dgn perahu mereka di sebuah tasik. Si suami lebih suka memancing... manakala si isteri pula lebih suka membaca saja. Ketika sudah memancing beberapa jam si suami memutuskan untuk tidur sejenak dan meletakkan alat pancingnya di dalam perahunya. Si isteri pula terus dengan tabiat membacanya. Tiba-tiba datang seorang penjaga tasik dgn botnya dan menghampiri perahu pasangan tersebut dan berkata “Selamat pagi puan.. apa yg sedang anda lakukan??” “Membaca !!” Jawab wanita itu.. dalam hatinya berkata.. “buta ke tak nampak aku membaca..” “Sebenarnya anda berada di kawasan yg dilarang memancing” kata penjaga tasik. “Tapi saya tidak memancing..!!!” Saya hanya membaca” “Tapi saya nampak anda memiliki PERALATAN untuk itu...jadi saya mesti membawa anda ke pejabat kami untuk di denda...” “Kalau anda membawa saya ke sana.. saya akan mendakwa anda melakukan jenayah rogol... “tengking wanita itu.” “Tapi saya tidak menyentuh Puan... !!” balas penjaga tasik kehairanan. “Ya... itu betul.. tapi anda ada PERALATAN utk itu.”

Si Penjual Roti

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang. Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan. Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya.. “Ada apa encik..? Ada apa ?” Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata, “Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ...” ?__________***

Tokey Kedai

Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg. Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi... “woi..tak nampak ke orang !!” jerkahnya.. “Sedap..Sedap jer nak potong line orang..” Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata... “Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!” Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe kesian dia kan????

Che’gu Sepul I

Che'gu Sepul sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Sepul akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, di mana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Sepul asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Sepul menyergah muridnya yang bernama Man Tapah. “Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah” “Oh Che'gu Sepul, basikal saya tengah turun bukit Sepul, sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak.”

Che’gu Sepul II

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Che'gu Sepul telah bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali! Man Tapah lalu Che'gu Sepul pun berkata,

Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.

Che’gu Sepul III

Che'gu Sepul sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?

Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.

Che'gu : Mana tepungnya??

Man :Tepung kan kat dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??

Che’gu Sepul IV

Seperti biasa, Che'gu Sepul nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu Sepul mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab ‘cara berwudhuk’ Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan? Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah.

Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?

Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?

Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!

Che'gu : Allahhuakbarr!!!

Sudu & Garfu

Seorang pegembara ditangkap di orang asli di sebuah pedalaman. Mereka hendak memasak lemak gulai dan memakan daging pengembara tersebut. Tiba-tiba datang chief orang asli yang fasih berbahasa Inggeris. “Anda nampaknya berpelajaran tinggi dan mahir berbahasa inggeris”... kata pengembara. “Tapi anda masih memakan daging manusia?” “Ya..” jawab ketua orang asli itu, “tapi sekarang saya menggunakan pisau dan garpu.”

WAD

Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden. Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ...dalam loghat kelantan la. “nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase” Nurse tu selamba jer jawab... “wad kencing masam takde....wad kencing manis ader la”..

Saturday, May 29, 2010

-**-**-@LL bOuT mY dRe@M-**-**-

Life is not easy for me. Maybe for everyone... But i always hope...one day i'll get a happy family. Nothing to worry about "him" anymore. So sad..sad...& sad. It's become worse & worse. No more hope....no reason to live. Help me out of this.

Wednesday, July 22, 2009

~~**~~ S@tu S!n@r ~~**~~

Lamenye tak meng'update' blog nih. Rase kekok dah nak nulis. Anyway...banyak benda yang berlaku sepanjang tahun 2009 ni. Bagi kumbang ape yang telah berlalu 2008 dulu tuh dah bagi satu sinar baru untuk teruskan hidup nih. Syukur alhamdulillah kumbang dapat bertukar tempat keje yang lebih selesa. Bakal jadi ibu tak lame lagi. Everything happen so fast. Maybe taun lepas banyak sangat dugaan yang dah dilalui. So, mase tu rase lebih lame. For all my friend, wish u all the best too. For si kiambang, hope u happy n i know u keep some secret. Please share with me if you still remember me as your best friend. For si kembang, hope u kawen cepat-cepat. Kumbang akan lega bila sume member happy!!

Wednesday, February 20, 2008

~~**~~ Tahun Baru, Mesej Baru ~~**~~

Ehem..dah lame btol tak menulis nih. Sekarang dah masuk taun 2008 ek, macam2 dah berlalu tapi yang belum berlalu ni tak sabar menanti dan diharapkan berlalu dengan kenangan yang manis2 jer. Semenjak dua tiga menjak nih kumbang btol2 takde mase nak contact kawan2. Rindu btol kat diaorg sume. Ape cite pon tak tau ler. Hope u'll hepi wif ur job & famili. Tak sabo nak nunggu si kembang & kiambang kawen. Kawen ler cepat2 woiii. Nanti kumbang dah ade baby susah lak nak jadi pengapit korang:p Erm...ape2pon hope sume berjaya ngan kerjaya masing2. Kumbang tak sabo nk ngabiskan kpli nih. Still confuse nak jadi cikgu. Macam tak caye leh ajor bdk2.

Tuesday, August 28, 2007

~**~GetT!nG m@rR!eD~**~

1 September 2007.....hopefully akan jadi suatu hari yang paling manis in my life coz kumbang akan meninggalkan zaman remaja on that day. Pasni kumbang kena matured ckit. Nak wat keputusan pon kena lebih berhati-hati supaya tak sakitkan ati orang tersayang. Besar tanggungjawab tuh. To my lovely guy "Mr. Soul", hope u always be with me...i love u

Thursday, November 16, 2006

~~* Menghitung Hari *~~

Isnin ni kumbang akan gi interview. Hmm tak sabar tunggu last day as a chemist. Nothing to be proud here. Kumbang rindu kat kiambang la. Bile agaknye die nak datang. Cian amik master mmengalahkan presiden PBB bznyer tuh. Hopefully u can get ur master next year! Chaiyokkk... Kumbang nak tumpang bergambo pakai jubah konvo lagi tau. Dah tempah awal2 ni. Anything..anytime..don't forget me ok!