Last week kumbang ade baca buku Pepatah oleh Juhana Ariffin. Ade banyak gak la pepatah-pepatah yang jarang & tak penah dengar orang sebut sebelum ni. But, quite interesting to share here...
1. Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.
Maksudnya : Manis apabila di hadapan, apabila di belakang sebaliknya.
2. Adat gajah terdorong.
Maksudnya : Orang yang berkedudukan tinggi sering salah guna kuasa.
3. Air mata jatuh ke dalam.
Maksudnya : Menyembunyikan kekecewaan & kedukaan.
4. Angkat batang, keluar cacing gelang-gelang.
Maksudnya : Menyambung keje orang lain yang terbengkalai tapi satu ape pon tak dapat.
5. Bahu memikul, hati menyokong.
Maksudnya : Melakukan sesuatu dengan rela & bukan kerana dipaksa.
6. Dapat tek tercapai, jauh tak berantara.
Maksudnya : Sesuatu yang diidamkan tetapi tak tercapai.
7. Durian dan mentimun, menggolek kena, digolek pon kena.
Maksudnya : Orang bawahan yang lemah akan dapat kesusahan jika melawan orang yang lebih berkuasa.
8. Gagak dimandikan 7 kali sehari pun takkan putih bulunya.
Maksudnya : Orang yang jahat akan mengulangi perbuatan jahatnya jika mempunyai peluang.
9. Hendak mendapat pisang terkupas.
Maksudnya : Orang yang hendak hidup senang tetapi malas.
10. Jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin cekang.
Maksudnya : Jangan bersikap sombong dan angkuh setelah mendapat jawatan/kedudukan tinggi.
11. Kambing menyusui anak harimau, besar dia patahkan tengkuknya.
Maksudnya : Menolong orang yang jahat, kita yang menjadi mangsa.
12. Lain bengkak, lain bernanah.
Maksudnya : Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain yang menanggung akibatnya.
No comments:
Post a Comment